October 02, 2016

Salam Maal Hijrah 2016




Assalamualaikum & Hi 






Lama menyepi.. Hari ni da masuk tahun baru islam iaitu Awal Muharram.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernyawa di atas muka bumi Allah yang tercinta.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Oktober dah kawan kawan semua.. dah boleh nyanyi "Wake me up when September end.." gitu.. punyalah tunggu bulan September habis nak nyanyi lagu ni akhirnya dah pun habis bulan september.. why so fast.. whyyyy!!! 

Baiklah.. kita lupakan sekejap masalah yang lama.. Sempena tahun baru hijrah ni saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru, semoga tahun baru ini membawa seribu makna dan pengertian buat kita semua.. Amin.. Tahun baru ni adalah masanya untuk kita merubah diri ke arah yang lebih positif, lebih terbuka dan memperbaiki segala kesilapan silam.. Buang yang keruh ambil yang jernih.. In Sya Allah selamat.. hehe..

Oh ye.. dah masuk tahun baru ni.. walaupun tahun baru yang sebenar lambat lagi sempat jugaklah saya menjenguk tarikh tarikh cuti tahun depan.. haha.. Puasa tahun depan jatuh bulan Mei ye kawan kawan.. sangat cepat rasanya.. raya pulak bulan enam.. huaaa.. makin hari makin cepat masa berlalu.. tapi tahun depan takde lah banyak cuti bersambung macam tahun ni.. Tahun depan dah masuk tahun 2017!! bertambah lagi umur kita semua.. huaaaa

Papepun sempena tahun baru awal muharam ni marilah kita sama sama memanjat keampunan dan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat ilahi.. Tuhan buat sekalian makhluk di bumi dan di langit.. Syukur masih lagi dapat hidup, makan dan pakai setiap hari.. Alhamdulillah.. 







Esok sape kerja macam kita set.. macam biasa orang KL keje shift memang da takleh lari dari kerja.. huaaa.. Semalam tengah hari pun jem teruk.. rasanya ramai yang tak balik kampung kot walaupun cuti bersambung sampai isnin.. hurm.. bertabahlah rakyat Malaysia.. Jem dan jalan berpisah tiada.. haha..

Selamat Menyambut Maal Hijrah semua.. Bye..





No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥