October 04, 2016

Andainya Takdir - Anuar Zain




Assalamualaikum & Hi



Welcome Back Anuar Zain..



New Image..



Lama tak post pasal lirik lirik lagu plus video musik terbaru.. haha.. Kali ni nak share lagu terbaru dari abang forever young and handsome kita, Anuar Zain.. Lagu terbaru beliau bertajuk Andainya Takdir.. Seperti tajuk lagu tersebut macam biasa melodinya memang sedih dan mendayu dayu gitu.. Tepat lah dengan tema dan jiwa lagu lagu Anuar Zain yang biasa kita dengar kan.. Lagu kali ni memang berhantu jugak lah.. sedap didengar.. Terbaik dari Anuar Zain dan setakat ni memang lagu lagu beliau tidak pernah mengecewakan.. Salute.. Saya start minat Anuar Zain dari lagu "Keabadian Cinta" sampailah sekarang.. tak pernah miss dengan lagu lagu beliau.. I would say he still a legend.. I love you bang Nuar.. hekhek.. *Gelak gatal

Berbalik pada lagu baru kali ni.. sape dah tengok musik video lagu ni? sedih kan.. lagu ni sebenarnya sesuai dengan tema filem atau drama.. lagi bagus klu ada drama khas guna tajuk lagu ni.. memang tangkap power konfem meleleh air mata sape yang tengok.. huaa gitu.. 

Dalam musik video ni berkisahkan pasangan suami isteri yang mana si isterinya berminat nak jadi seorang pelakon dan diberi peluang untuk berlakon tetapi terpaksa meninggalkan keluarganya demi mengejar cita cita.. Mungkin sebab terpengaruh dengan keadaan luar sana si isteri macam dah lupakan keluarga di kampung dan akhirnya telah meminta cerai dan berpisah dengan suami dan anaknya.. sobs sobs.. masa ni memang hancur luluh hati sang suami.. dengan anaknya lagi.. perghh.. sampai hati pompuan tu kan.. macam nak lenyek lenyek je muka dia.. haha.. dah lama lepas tu si lelaki aka ex suami dia tu pun dah ada kerjaya sendiri.. dah segak macho balik dan pada satu masa mereka ni bertemu lagi.. tu yang part last lah korang kene la tengok sendiri.. haha.. Sorry for any mistake klu salah translate jalan cerita.. haha.. ni korang nak lebih details tengok sendiri k.. sambil sambil naikkan rating views di youtube.. ape lagi jomss.. hehe.. 







Lirik Andainya Takdir - Anuar Zain


Biarlah tiada pesan dan janji
Biar tiada kau di sisi
Aku mengerti

Seterdaya semampuku
Kucoba menunggu
Biarlah lompang hatiku ini
Mengharap pulang kau yang pergi

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka biar berlalu

Biarlah waktu ini
Kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu
Pulang ke pangkal ku menunggu

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka biar berlalu

Oh

Biar sementara ini
Tiada terisi kekosongan hati
Diriku air tenang mengalir tuju muara
Andainya memang takdir, berakhir, kuredha

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka

Kembalilah kepadaku
Tika punah mimpi-mimpimu
Kembalilah di saat perlu
Episod-episod duka oh biar berlalu

Oh







So, amacam.. memang terbaik kan lagu comeback Anuar Zain kali ni.. harap radio banyakkan la putar lagu ni supaya peminat pun dapat dengar dan hayati lirik lagu sebenar.. selain menaikkan kembali nama Anuar Zain dipersada seni tanah air.. cewah.. harap harap lagu ni tercalon la dekat Anugerah Juara Lagu.. hehe.. Good Luck for Anuar Zain.. You are my legend and I still love you and your music.. For those out there, keep listening to this song k.. Muahh ciket.. hee.. Bye..






No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥