July 09, 2016

Review Movie: Ice Age, Collision Course



Assalamualaikum & Hi



Ice Age: Collision Course



Welcome to movie review guys!! Dalam mood mood raya ni mesti ada yang da boring makan ketupat rendang hari hari kan.. haha.. Ape kata layan movie plak kali ni.. Ni kesnya raya sorang sorang la ni sebab tu takde hala tuju nak g mane.. So kite da tengok Ice Age yang baru kuar ni.. Memang best dan tidak mengecewakan.. Dari mula sampai akhir sangat best dan menghiburkan.. hehe.. Kali ni ape kisahnyer yer..


Plot:


Scrat's pursuit of his elusive acorn catapults him outside of Earth, where he accidentally sets off a series of events, sending a bunch of asteroids that transform and threaten the planet. To save themselves from peril, the trio Manny, Diego and Sid and the rest of the herd as well leave their home and embark on a quest full of thrills and spills, highs and lows, laughter and adventure while traveling to exotic new lands and encountering a host of colorful new characters.



Scrat: The Trouble Maker


Macam biasa permulaan citer ni dimulakan oleh si tupai yang dipanggil Scrat yang terlalu obses dengan kacangnya yang secara tidak sengaja mencetuskan fenomena asteroids yang akan mengancam keselamatan bumi dan penduduknya yang mana diduduki oleh binatang binatang di zaman mereka ni.. Memula citer diorang nak sambut anniversary Manny & Ellie tapi tetiba tempat mereka dihujani meteor.. Di situ bermulalah perjalanan mereka nak menyelesaikan masalah hujan meteor ni.. 

Movie ni sequel kepada Ice Age : Continental Drift tau.. Kepada yang da tengok movie yang sebelum ni mungkin taulah character2 yang ada kat dalam ni.. Kali ni nenek si Sid yang kene tinggal dengan family die pun ada lagi.. hehe.. Nenek Sid ni memang salute la bleh survive kat mana mana.. siap kali ni kene culik ngan dinosaur pun boleh hidup lagi.. hehe.. nenek nenek.. gagah betul.. 



Buck: The Problem Solver


Si Buck ni la yang datang merungkaikan teori teori macam mana nak menarik asteroid yang besar tu dari memusnahkan bumi.. siap ada sejarah macam mana asteroid ni memusnahkan zaman zaman yang lampau macam dinosaur sume.. tu kene tengok la macam mana yer.. haha..






Dalam diorang nak mengatasi masalah yang ada tu sebenarnya anak si Manny ni iaitu Peaches sedang merancang untuk berkahwin dengan Julian yang mana tidak berapa disukai oleh ayahnya.. Macam macam cara si Manny ni buat supaya Peaches tak jadi kahwin tapi akhirnya Julian berjaya mencuri balik hati si bakal ayah mertua nya.. gitu.. Si Julian ni nampak je macam dungu dan tak betul tapi hatinya baik.. untung Peaches dapat tunang yang baik hati.. muahaha..



Sid's heart Stolen, Brooke..


Jangan tak tahu, Sid pun da jumpa bakal suri dihatinya iaitu Brooke di mana wataknya dimainkan oleh si Jessie J.. Jessie J yang nyanyi lagu Price Tag tu.. seksi meksi suara die.. Watak pun memang ayu dan jelita walaupun sebenarnya die dah berusia beratus tahun cuma kekal cantik sebab ada kristal sakti yang boleh mengekalkan kecantikan mereka.. aumm..

Masa misi menyelamatkan bumi tula diorang jumpa si Brooke dan penduduk dalam meteor yang dipenuhi dengan kristal ajaib tu.. Jadi dengan pertolongan daripada batu batu kristal tu la mereka berjaya menarik asteroid yang paling besar tu supaya melantun balik ke langit dan tak terhempas di bumi mereka.. fuhhh.. lega.. Akhirnya mereka selamat dan Peaches pun dapat berkahwin dengan Julian dalam keadaan yang sangat meriah.. THE END..

Overall citer ni memang best sebab jalan cerita yang menarik dan ada banyak watak watak baru.. Yang paling menonjol adalah semangat kekeluargaan dan kekawanan antara makhluk makhluk dekat bumi ni.. Masing masing pun dah berjumpa pasangan masing masing dan mereka pun hidup bahagia.. hehe.. 

I wanna give 10 out of 10 for this movie.. Make sure you catch up for this movie ok.. 

Bye!!

Salam 4 SYAWAL!!




No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥