March 18, 2016

Melaka Day | Melaka Premium Outlets



Assalamualaikum & Hi




MPO



Lets continue dengan entry tertangguh bulan satu lagi.. haha.. malasnya nak edit gambar tuhan aje yang tahu.. sebab tu lama delay.. haha.. Pertemuan kami di Melaka diteruskan dengan menjelajah tempat baru yang dibuka di Melaka iaitu di Melaka Premium Outlets.. Rasanya da ramai yang tahu kot pasal MPO ni kan.. MPO ni lebih kurang dekat JB jugak iaitu Johor Premium Outlets.. Rangkaian yang sama cuma negeri yang berbeza.. gunalah Trivago.. erkk.. *tak kelakor.. Rasanya ramai yang bagi feedback tempat ni lagi krik krik dari Johor Premium Outlets.. haha.. Mungkin tempatnya masih lagi baru dan banyak kedai yang masih belum dibuka.. So tempatnya pun jadi macam so so je.. hihi..

Tapi yang best kat sini dekonya lagi lawa dari JPO sebab ada kincir angin dan kolam air kat tengah tengah tu.. hekhek.. Jadi takdelah bosan sangat bila jalan jalan kat dalam tu.. bolehla posing posing kat situ macam ktorang wat.. haha.. posing ajo kejenya.. 



Salah satu tarikan kincir angin dekat MPO.. 



Ramai gak yang naik kat atas tu not sure la free ke tak sebab ktorang tak naik pun sebab cuaca panas terik.. nak selfie pun kene cari tempat teduh sikit.. Orang pun boleh tahan ramai gak masa ktorang g tu.. bolehla.. hihi.. adala jugak tarikannya dari takde langsung kan.. Masa memula google tengok orang g MPO pun ramai yang posing kat kincir tu.. macam lawa sangat uolls.. haha.. So, ktorang pun ape lagi.. hihi..



Pose kat sini nak dapat background yang cun tu.. hihi.. 



Okeh, outlet kat dalam tu macam biasa la banyak kedai kedai berjenama macam Vincci, Victoria Secret, FOS, Elianto, kedai kedai baju dan macam macam lagi lah.. banyak sangat sampai tak reti nak sebut.. LOL.. Masa ktorang g tu sebab pergi bertiga jadi kami yang dua orang ni just follow je cik kak yang sorang lagi shopping.. yang lain banyak cuci cuci mata je.. satu lagi selfie tu wajib bile g tempat mewah macam ni.. kikiki..

Macam Iolss sempat beli blusher ngan spray wangi bau strawberry dari Elianto je.. harga murah murah masa tu tapi sayangnya tak boleh guna kad ahli.. *whattheheck!! Patotnya klu sale buat la harga ahli baru la ahli tu selalu nak beli barang diorang kan.. peliks.. haha.. but what so ever lah.. hepi asalkan dapat harga murah kan.. hihi.. 



Meet My Little Iron Man



One more thing, area MPO ni susah nak cari kedai makan.. yupp.. Food court pun takde kat dalam MPO masa tu.. klu ada pun just kedai kedai biasa yang takde nasi dan makanan yang kita nak.. Choi betul rasa masa tu.. Kebetulan lepas pusing kat dalam tu masing masing plak dah kelaparan sebelum continue balik KL.. Lagi la terasa macam krik krik je tempat tu.. atleast buat la MCD ke KFC kat situ kan.. takdelah kelaparan jadinya.. hukhuk..

So, kami berkeputusan untuk keluar dari tempat tu dan singgah makan kat gerai tepi jalan.. Mujur ada pamoga.. ehh.. mujur ada gerai makan tepi jalan.. Tapi tu pun tak banyak makanan hanya ada Mee Bandung dan Nasi ayam.. krik krik.. bolehla dari takde.. Alhamdulillah.. So, kepada yang bercadang nak ke sini get ready la make sure makan sebelum bertolak atau google sesiap tempat makan.. choii..



 



Jadi, itu sajalah perkongsian kami di Melaka Premium Outlets kali ni.. rasanya len kali klu plan ke Melaka bolehla singgah lagi untuk bershopping sakan kan.. *suka ngat.. Sebenarnya yang menarik kat Premium Outlets ni sebab konsep dan corak sususan bangunan yang nampak wow dan menarik lagi satu senang nak shopping dekat satu tempat sebab semua brand ada.. i loike.. hehe.. So, apelagi.. Jom shopping!!



Thats All.. Thanks for Reading!!





No comments:

Post a Comment

Anything to say??
Thanks for dropping by ♥