September 17, 2017

Salam Takziah Buat Mangsa Kebakaran




Assalamualaikum & Hi






Berita mengejutkan buat seluruh rakyat Malaysia apabila berita kebakaran yang merebak dengan cepat serta mengorbankan lebih 20 pelajar dan ustaz tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dekat Keramat pada 14 September 2017 yang baru saja berlaku baru baru ini tersebar dengan meluas.. Allah.. Berita ini saya baca ketika buka wasssap group dan kebetulan masa tu saya baru saja sampai dari kampung di Kelantan dengan selamatnya.. Tak sangka di tempat lain ada berita sedih sedang berlaku.. 

Buka facebook plak penuh dengan berita berita ini.. bukak page online tengok interview budak2 yang terselamat.. tengok interview ustaz2 mereka.. dah terbayang kesedihan dan keperitan mereka ketika cuba menyelamatkan diri.. ada sorang pelajar tu lepas berjaya menyelamatkan diri naik plak ke tingkat atas balik sebab nak selamatkan bayi dan kawan kawan yang lain.. sedih dan pilu kalau lah kita yang berada di tempat mereka.. tak sanggup rasanya Allah..

Dengan satu pintu masuk dan keluar serta tingkap dipagari dengan grill kekal menyukarkan lagi mereka untuk menyelamatkan diri.. Kesian dekat pelajar yang terpaksa mematahkan grill tingkap untuk keluar dan keluar menggunakan salur paip.. ada yang terjatuh ketika terjun dari tingkat atas dan melecur.. ada yang kritikal dan cedera.. sangat lah menakutkan dan mengerikan bila teringat balik situasi mereka itu.. 

Yang berjaya satu hal yang masih terperangkap plak memang dah tak dapat nak diselamatkan.. mereka terpaksa meraung kesakitan.. ada satu video tu menunjukkan bilik mereka terbakar sambil kedengaran mereka meminta tolong.. Allah.. sungguh kejam perbuatan khianat manusia.. Oleh kerana ejekan dan kata kata tidak sedap didengar sanggup mereka membakar pusat tahfiz tu tempat di mana mereka sedang nyenyak tidur.. Sungguh kejam.. 

Berita penangkapan 7 orang yang menjadi dalang dan punca kebakaran tahfiz tersebut sangatlah mengejutkan.. Mereka semua masih lagi muda dan mentah tetapi sungguh berani untuk mengambil tindakan membunuh orang lain sekaligus meragut hampir kesemua nyawa di atas..

Manusia apekah ini yang tiada hati perut.. sanggup melakukan pembunuhan yang kejam.. Pengaruh dadah sangat lah merbahaya kawan kawan.. Nasihat saya kepada ibu bapa di luar sana, silalah pantau aktiviti harian anak anak.. kemana mereka petang petang.. dengan siapa mereka berkawan, apekah aktiviti diorang lakukan dan kalau boleh larang lah anak anak keluar waktu malam.. jenayah berlaku kerap pada waktu malam ketika orang sedang tidur.. masa masa inilah mereka mereka yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan aktiviti di luar batas kemanusiaan.. 

Tidak meletakkan seluruh kesalahan kepada ibu bapa malah banyak lagi faktor yang boleh mempengaruhi anak anak tetapi bukankah tugas utama ibu bapa adalah untuk memantau dan menjaga anak anak? ketika kecil lah masanya untuk kita melentur buluh dan mendidik mereka supaya menjadi orang yang berguna bukan menunggu besar baru nak mengajar.. usia yang muda macam macam boleh berlaku.. tidak lagi dikira masalah buli membuli, masalah mendera dan sebagainya.. mahukah anak anak kita terjebak dengan masalah begini?? fikir fikirkanlah..

Buat anak anak.. janganlah terlalu asyik dan leka dengan kawan kawan.. bijaklah memilih kawan yang baik.. Jangan mengikut perasaan amarah dan jangan berani mencuba perkara baru yang anda rasa boleh mempengaruhi anda.. jangan ikut perangai jahat anda dan beringat segala yang anda lakukan akan ada kesannya sama ada baik atau buruk..

Peristiwa ini biarlah dijadikan pengajaran.. jangan menunding jari sahaja menunjuk kesalahan tetapi cubalah mencari penyelesaian agar tidak terulang perkara yang sama.. Salam takziah dari saya buat keluarga mangsa.. Semoga roh mereka tenang di sana.. Sesungguhnya Allah amat menyayangi orang orang yang beriman dan percaya kepada Nya.. 



Al Fatihah..








August 21, 2017

Cuti Merdeka dan Hari Raya Korban




Assalamualaikum & Hi






Lamanya tak bersiaran.. Langsung tak berupdate pasal hari raya puasa hari tu.. haha.. Malas betul nak mencurahkan idea walaupun hanya dengan setitik kata kata dan gambar.. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan perpindahan rumah bulan lepas dan terus mood down.. Banyak scroll blog blog orang jer.. lepas tu tutup.. hahah..

Tahun ni macam ada tak kene sikit sebab hari merdeka disambut sebelum hari raya haji.. hari ni merdeka esok dah raya haji.. hehe.. rasanya tak pernah dalam hidup sambut hari bersejarah dekat dekat macam ni.. ataupun memang dah lama sangat tak jadi macam ni.. hehe.. yelah, hari ni pakat sambut merdeka esok gotong royong buat ibadah korban kan.. mesti feeling lain macam tapi pada yang berkenaan jelah.. Macam saya tahun ni dedua hari tu disambut kat tempat kerja.. huhu.. naseb.. Jadi malam merdeka kat tempat kerja, hari raya pun kat tempat kerja.. Rasanya yang keje 24 jam dan shift dah biasa kot macam ni.. bukan saya sorang je.. haha.. redhooo jerlahh..

Jadi kepada sesape yang dah mula plan nak bercuti tu saya ucapkan selamat bercuti.. sonok yer bercuti terutama budak budak tu.. Sekolah pun dah start cuti minggu depan.. yahuu.. jalan tak jem!! hahah..

Akhir kata Selamat Hari Merdeka dan Selamat menjalani ibadah haji dan korban buat seluruh rakyat Malaysia.. Ucap siap siap sebab takot dah tak sempat nak post.. kahkahkah..



Have a nice day guyss!!





June 14, 2017

Tunaikan Zakat Fitrah




Assalamualaikum & Hi






Alhamdulillah selesai menunaikan zakat fitrah hari ini.. terasa tua diri ini bila mampu nak menunaikan zakat fitrah sendiri.. Dulu dulu masa kecik kecik selalu dengar ayah nak g bayar zakat fitrah masa bulan puasa.. sibuk lah duk kira bape orang dalam satu rumah.. meriah.. haha.. masa tu kecik lagi mane la tahu erti zakat fitrah.. bila dah besar sikit baru la tahu zakat ni diwajibkan ke atas umat islam.. Bila dah bekerja tetap ni rasa diri ni dah mampu nak bayar sendiri walaupun masa tu ayah masih ada.. sebab ayah pun dah lama bersara dan sakit tua.. Sekarang dah yakin nak g bayar zakat sendiri.. Alhamdulillah.. syukur.. 

Tadi masa nak bayar zakat adalah proses prosesnya.. sekejap sangat tapi berdebar tu macam nak akad nikah.. haha.. sebab ni g sendiri kan.. feeling dia lain macam.. tapi alhamdulillah dipermudahkan.. senang saje tuan tuan dan puan puan.. paling tak sangka dapat plak free gift satu notes book kecik dan satu penanda buku.. Alhamdulillah.. rezeki..

Sebagai informasi boleh rujuk pengertian zakat di bawah.. Boleh layari laman web zakat selangor kepada yang nak tahu lebih lanjut.. Jadi, anda dah ke belum? cepat cepat k sebab tinggal bape hari lagi nak raya.. hehe.. wassalamualaikum.. Salam Ramadhan.. Selamat berbuka..



Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH:

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.